Followers

Sunday 14 October 2012

Kayuhan Amal 100km - Bdr Putra -Kota Tinggi- Bdr Putra


Message dari Ir Azman Bilaji selaku tulang belakang kayuhan amal ini...


Alhamdulilah, Kayuhan Amal ini telah berjalan dengan jayanya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini, walau pun terdapat beberapa insident pancit disatu dua tempat. 

Selaku Penganjur dan bagi pihak Pertubuhan Akitek Malaysia Cawangan Selatan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua peserta samada yang berkayuh atau pun tidak, yang datang dari jauh dan dekat yang telah bersama sama menjayakan program ini dengan jayanya. Setiap sen yang didermakan tentunya mempunyai nilai yang amat besar bagi insan yang memerlukan. 

Tidak lupa juga terima kasih saya kepada tenaga tenaga dibelakang tabir yang tidak putus putus memberikan bantuan, pertolongan dan kerja keras semata mata kerana passion mereka yang mendalam terhadap aktiviti berbasikal ini. semoga Allah mene



rima amal jariah mereka ini. Terima kasih saya kepada: terutamanya bro Ayub Yahya aka Cap Ayam Tua, Sdr Fahmi aka Namuka Laminas dari Princetown Knight dan Crews di base, CP1,2,3 & marshal, crews dari MCC dan lain lain yang bekerja keras memastikan warga emas Nur Ehsan Negeri Johor tidak dihampakan. Sdr Rosli Saaban, terima kasih atas bantuan Walkie Talkie, @Pyan jb yang meminjamkan lori 3 tan (walau pun pada mulanya saya rasa tidak perlu..)

Terima kasih kepada Warga Felda Taib Andak yang menyambut kami dengan paluan kompang dan seterusnya membuat sumbangan kepada rombongan kami.


Tidak lupa juga Tony,dan
 Rahman Kbc yang membincangkan idea kayuhan solo overnight 360 km untuk kutipan dana ini ( baca pun dah penat..) Maaf sekiranya ada nama nama yang tertingga, but you know who you are..

JUMLAH PUNGUTAN YANG TERKUMPUL SEMASA HARI KAYUHAN ADALAH BERJUMLAH RM 1865.00, ( tidak termasuk jumlah yg telah dijanjikan oleh pengerusi PAM Southern Chapter untuk kayuhan ini ( RM 2000.00 ) dan jumlah yang dimasukkan terus ke akaun Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan oleh penderma ) menjadikan jumlah kutipan adal
ah RM3865.00

Sekali lagi TERIMA KASIH kepada semua.



CP1 Felda taib andak

Trail leader kita - Cap ayam tua

Gaya along sebelum chicken

Mesra sungguh mereka berdua

Azmi memimpin sprinter PTK

Siap ada sesi therapi tue..

Sesi briefing oleh trail manager kita

along lagi

Bergambar kenangan di Felda Taib Andak


Bergambar kenangan di dataran kota tinggi

Sedang mengira hasil sumbangan

laku sungguh bisness hari ni

Lancer GT amir giblu mengiringi kayuhan ke KT

Cayalah cap ayam tua

Sesi memanaskan badan

Siap ngan kompang lagi kat Taib Andak

Sesi pendaftaran oleh YB Atok

Sweeper nizam

Atok ngan fahmi tgh sibuk nie


International PTK rider..


Mr T memimpin sprinter PTK

Sweeper agong PTK

Mesranya mereka

Pasangan sprinter ideal PTK - Shahrin Amir & Mr T

Fauzan Lufti & Tok Moh Sedang mencucuk angin Yasir 29er

Lagi aksi rider tiba2 meletup sekarang ni - shahrin amin


Sweeper sejati - Nizam mongoose..ooopss..sudah tukar CUBE laa

Gaya macam nak berlumba

No comments:

Post a Comment