Followers

Sunday, 15 September 2013

Megaride 2013 - Bandar Dato Onn


Aksi ant 91 pahlawan PTK di starting line up diketuai Capt Nizam. Masih lagi cuti berehat 2 bulan




15 Sept 2013 - Berakhir sudah Megaride 2013 yg berlangsung di Bandar Dato Onn. Sesuai dgn namanya mmg gah dengan grand lucky drawnya. Modal RM50, balik bawak  Viva 660. Itulah rezeki besday boy kita Lukman XDS. Malam ni pasti dia tak tido mlm, nak buat apalah kete tu yek. Yang pasti geng2 ptk tumpang gembira. Dapat gak makan kambing golek + sebulan minum free lepas ride malam Jumaat.

Tahniah kepada Tuan Hasbullah dan krew2 Ronda Riadah yg telah berbulan2 bertungkus lumus utk event hari ni. Kalo dibandingkan dengan tahun lepas, tahun ni lebih kemas. Cuma bab makan ajelah yg mencacatkan sedikit penganjuran kali ni.. makanan tak cukup.

Komen pasal event :
Goodies bag - Terbaik. Jersey siap ngan T-Shirt. Design pun cantik. Pengagihan goodies pun teratur.
Pelepasan  - Lebih baik dari tahun lepas. Berlepas sekali x payah ikut kategori
Trail - Pun terbaik. 50km dgn 3CP benar2 mencabar mental & fizikal rider. Kira cukupla ramuan rempah ratusnya. Bukit bukau x abis2. Downhill pulak laju2 mencecah top speed 56km/j.. pergh mmg bestla.
Finish Line - pun terbaik. tak payah rebut2. bagi medal dulu lps tu rank ikut kategori. Pandai dioarng nak slowkan rider
Medal - Pun terbaik.. besi lagi.. ikut trend sekarang
Lucky draw - mmg rezeki Lukman. Dia menang kete. Zamri VECT pulak balik bawak beskal.

Ant cerita 2 menarik masa event :
1. Pertarungan antara Lan Sawa & Along  -  Ternyata Lan sawa berjaya menuntut kembali kekalahannya tahun lalu.. Abis kene tapau si along tu. Yang pasti lepas ni kurang2 seminggu along x bukak whatsup. Silap2 nak pegi rokok kat kilang pun carik port lain.Tahniah Lan.
2. Tahniah jugak buat bini lan sawa yg berjaya menghabiskan kayuhan. Katanya best kayuh ni. Lepas ni nak masuk event lagi. Kalo tak silap, ini event ke-2
3. Rider ditimpa musibah - Dayat sit post patah nasib baik boleh bukak, kalo tak macam mana nak terus kayuh.. yang bocor See, Ateng tayar meletup, pok nik & boy.
4. Tuan Zali & Bilman sekali lagi mengharumkan nama PTK dapat naik podium. Masing2 di tempat 8 & 6 kategori PDRM. Bilman berada di kelas tersendiri. Tuan zali pulak berjaya menutup mulut aku dgn single chain ringnya. Aku rasa dia cucuk steroid kot. Climbing mcm setan
5. Pian berjaya jadik champion utk FCI buat julung kalinya. Abis Salleh ngan arab kapet ditapaunya.
6. Pengantin baru kita Al-Azmi@ putal hancus... 5 kali krem, itulah byk sgt kayuh atas katil, performance out, mmg terukla appraisal tahun ni.

Cerita aku pulak
Mula2 niatnya nak santai, starting pun kat belakang, tambah pulak sparring partner si amir tak jadik ride, tapi bila masuk offroad best pulak, laju je trail ni, mmg trail 29er la.. dengan burgernya, sakit bontot aku. Dapat jugakla tarik bilman kejap.. tapi lepas tu dia belezup.. hilang bayang..
Azmi pulak masih fobia dgn tayar bocor, jadik tak boleh nak laju sgt.. best race ngan dia nie... dah macam race moto.. potong memotong.. hujung2 mungkin dia pun dah pewai.. saja bagi can kat aku.. Paling aku x puas hati tuan zali laa. macam mana dia boleh kuat sejak balik kelantan ni.. ni mesti ada barang yg diselaknya..hrmmm...

Result (overall):
Champ Bilman 47, tuan zali 60, mr T 63, Azmi74, lukman 106, epin 125, pian 121, jalut 129, arab kapet 144, arab geger 163, fauzan 175, dayat 222, tok moh 216, yassin 179, jai 219, wan 217, yus 408, along 354, ajib 236, arief 281, see 520, pok nik 358, jali 465, noran 612, boy 450, rosli 489, tom 62, amin 721, black 687, chief 991, putal 999

Apa2pun ini mungkin event terakhir Megaride di Dato Onn.. kita jumpa lagi di KDCT event di Kota Masai.


Posing dulu...

Nampak tua dah si arab kapet ni

Pertarungan ant Lan Sawa & Along





Bab bergambor mmg PTK Champion

Sesi warm up diketuai Lukman XDS



Besok muka chief masuk Metro.. Pokcik menang keta..

Renungan Tajam champ FCI..Pian








Tony - tempat ke 4 veteran..overall 20

Champ Megaride 2013 .. abang panjang.. Razif Salleh

Nizam bersama champ


Top 3 PTK .. Bilman, Tuan Zali & Mr T

Bergambor kenangan ngan cup ke 2 penyertaan teramai



Penuh nampaknya galeri rumah chief ni



Bergambar kenangan di finish line

Epin di finish line


Azmi.. senyum lebar.. puas tayar aku tak bocor ari ni..hehehe

Champ PTK .. Bilman

Seronok gila tuan Zali ni.. cehhh

Mr T kepenatan .. 1st time dapat titik Danial..hehehe..

Pemenang Grand Prize Perodua Viva Lukman XDS


Sweeper agong PTK.. Amin & Faared.. Welcome back amin.. setelah 4 bulan berehat .. tisu koyak kat janda baik

Manja betul si T ni ngan geger





Mencarik ketenangan


Top 6 PTK



Inilah bakal korban di rumah Lukman XDS nanti

No comments:

Post a Comment