Followers

Sunday, 29 December 2013

Kampung Mulia Sungai Tiram Eco Green Ride


Ahad, 29 Dec'13.. Kampung Mulia Sg Tiram menjadi medan terakhir penutup event bg tahun 2013. Sekalung tahniah buat OCC dan abang kenit yg telah berjaya menganjurkan event ini dengan cemerlang walaupun hanya 300++ rider yang mengambil bahagian. Walaupun tak ramai, kelihatan kelibat star rider yg kayuh kat Metro minggu lepas dtg kat sini. Utk kali keduanya PTK terpaksa pecah 2 team sebab malam tadi kat Kulai ada event Pre Pocong Nite Ride. Hanya 8 rider sahaja yg ada kelapangan utk mengayuh di sini.

Overall trail kali ni abg kenit bagi 'speed' trail. Rasa mcm ada sikit2 trail pocong kot.  Dah lama gak tak kayuh laju mcm ni.. almaklum dgn PCC dan Metro yg 'membunuh' tu membuatkan trail sungai tiram ni mcm takde apa. Senafas je.  Jarak kayuhan 38km dgn2 CP dan additional 2 water point mmg sesuai la. Sekali sekali bagi kita enjoy. Asyik tough je boring gak. Marking tip top. Krew dalam trail pun terbaik. Suasana kampung dgn roller coasternya yang cukup enak. Dalam dok kayuh ni teringat kat CAT. Rugi dia tak kayuh. Trail senang dan belanja. Single trail di penghujung kayuhan tu pun best layan. Kalaula ada 2km dpt single trail mcm ni lagi best.. dan trend sekarang nak sampai finish line rider akan mengharungi XCO sejauh ~500m.

Sambil layan Chelsea rentap ngan Liverpool ni aku malas nak cerita panjang. Check in takde masalah. Semuanya teratur. Aku pagi tu baru nak register. Nasib baik boleh register. Rider pun x ramai sangat jadik xde masalah nak bersesak2. Waktu sebelum perlepasan rider dihidangkan dgn pertunjukkan silat dulu.. almaklum event dgn JKKK kampung.. jadik paham2 ajela dgn selingannya. tak kisahlah..

Perlepasan tepat jam 8.38pagi. Kayuhan road sejauh 2km tu traffic ada kalut sikit. Main road jln sg tiram bukan senang nak control. Tp semuanya lancar. Aku awal2 dah terpa dpn. Masuk aje offroad byk batu kelikir. Baru km5 tayar belakang pancit. Punyala frust. Baru nak tinggal Bilman. Yassin ngan Ajib paling best.. siap ketawa lagi.. tp tak kisahla.. nanti ko.. aku kejor balik.. buang masa dekat 20 minit gak tukor tyr ni.. dalam ramai2 hanya ari je yg berhenti bertanya kabar.. huhuhu..

Lps je tayar siap.. sorang2 aku potong..mula2 tangkap faared..  Hj Man rider kedua aku dpt tangkap.. itupun dah km20.. lps tu si arie.. Boleh tahan gak haji man hari ni.. arie pulak dah lama x kayuh.. jadik mmg xde power.. paling kelakor tengah2 kayuh kene kejor anjingla..dah la masa tu tgh climbing.. zup..zap..zup zap ..makin laju kayuh..  lepas tu  kene berenti kejap lembu melintas pulak... betul2 menggamit suasana.. cuaca pun mendung je..dgn angin sepoi2 bahasa...  mmg best perah pedal.. kayuh punya kayuh.. akhirnya dpt gak Ajib.. tgh cramp.. lps aku potong dia.. ada hati pulak nak follow sampai terjatuh kat road.. mungkin sorakan peminat kami dgn jeritan Ultras menggangu konsentrasinya.. luka sikit je..

Sampai finish line.. enjoy tapi tak puas.. kalaula ada lagi 10-15km ke kan best.. kat sini takde kategori overall.. ranking by kategori.. ok la tu.. last rider sampai kul 12.13pm sambil diiringi 3 sweeper dan motorcross..

Pasal makan ok.. nasi ayam penyet yg x brp penyet.. siap ada ubi rebus ngan sambal tumis.. sodapla.. Utk cuci beskal pun terbaik.. aku siap cuci beskal mcm kat rumah.. dah siap bawak mucoff, baldi dan segalanya.. best kalo abis je event dapat cuci beskal bersih2.. tak payah penat2 balik nanti..

Result : Bilman 24, yassin 56, nizam V-25, mr T 70, ajib 73, arie 105, Hj Man V-45, Faared 189..

Lucky Draw - pertama dalam sejarah.. sorang pun rider ptk tak dapat.. huhuhu

Sampai di sini saja.. terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang tahun 2013.. kita berjumpa lagi tahun depan.. amat merindui stumpjumper ku..huhuhu

Sekian
Mr T @ King Of Autakari.

Ajiboy luka sikit.

Hj Harley - puas kayuh hari ni.. tak pewai..

Sponsor2 kayuhan hari ni

Perlepasan di padang bola Kg Mulia.

Bila CAT nak pencen jadik emcee ni.. kayuhla pak ayub.. best..

YB Dato Seri Azman Bilaji & Tan Sri Kamarul Ariffin.. ant VVIP yg hadir

Race Leader - Pak Busu

PTK Champ.. masih menjadik milik bilman

Selera Juara - Yassin

PTK bersama bro Zakie Maiza Sound

Apalah dibincangkan anak2 si Sharif ni

Captain Nizam

Hj Man tgh climb.. jaga2 mr T kat belakang tu je

Push to limit nak kejor ajib

Dapatla willey sikit2

Hj Man lagi

Hj Man di mana2

masih fobia nak terjun

nak basuh beskal pun kene snap

emcee terbaik di malaysia - Pak Ayub CAT

Serius sungguh si yassin tu.. entah apa yg tengah digeramnya

Persembahan silat

On road selepas berlepas


Mr T tak puas kayuh.. kalaula ada lagi 10km ke.. baru best

Capt NIzam

Gaya Juara Dah Siap Bikin - Yassin



No comments:

Post a Comment