Followers

Saturday, 20 October 2012

Burung hantu Jamboree 2012

Ayer Keroh Melaka 20 hb October 2012.. Untuk nukilan event kali ni adalah karya dari Bro Nizam Cube.. aku dan 2-3 sprinter PTK yg lain tak dpt nak joint.. takutttt jatuh kayuh malam2...hehehe..apa-apa pun tahniah kat diorang semua yg nak rasa pengalaman jamboree yg sebenar..kayuh sama sama dalam satu group..takde race..kene rokok sebatang 2 kat CP... lepas tu nak mintak ihsan 25 point sorang..cehh mana boleh..hujung2 amik ko 5 point je sorang ..hehehe

Gambar Ihsan dari Cycling Malaysia - night mode tuu

Hari ini bermula lah satu episod baru bagi PTK rider yang ke ECC Jamboree. Jamboree Burung Hantu akan bermula pada 8:30 mlm. Dalam sejarah aku tak pernah race off-road waktu malam. Tapi kuatkan semangat juga utk menyertai jamboree ini walaupun ramai PTK rider yang tak pergi ( mungkin rabun malam kot ). Jam 10 pagi, Shahrin Amin dan Sham Combat muncul di depan rumah ku. Aku yang dah ready dari jam 930 pagi terus mengangkat basikal Cube ku dan meletakkannya di atas sliper THULE di atas kembara Shahrin Amin. Sebelum meneruskan perjalanan kami berhenti di restoran prata maju utk bersarapan. Tiba2 aku teringat, Jersy PTK aku tak bawa….Dengan segera aku pun pulang ke rumah utk mengambilnya.

Tepat jam 11 pagi kami pun memulakan perjalanan ke Melaka. Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami pun singgah sebentar Muar utk makan tengahari.. ( Asam Pedas ) Tiba2 telefon ku bedering…rupa2nya pangillan dari Bro Arab dan kekawan lain. Teringin nak makan mee bandung muar. Aku pun menujukkan lokasi gerai meebandung yang agak "OK" rasanya di Muar ni. Selepas menunggu En Ipin GT, aku pun meneruskan perjalanan ke  Melaka. Alhamdulliah, En Arab dan rakan2 pun selamat sampai di gerai mee bandung. Dgr cerita diorg mkn sampai 2 pinggan da…

nasib baik mee bandung abang sayang..kalo 'adik manisss'.....

Khusyuk tok moh menghirup mee bandung..along pulak anto report kat org rumah lokasi kat mana





Aku sampai melaka jam 3 ptg. Disebakan jamboree lambat lagi nak mula, kami pun berehat d masjid Bukit Katil. Dgn lenanya aku pun melelapkan mata sehingga lah azan asar berkumandang. Jam 5 kami pun memulakan perjalanan ke Ayer Keroh. Punya lah ramai rider kat sana…akhirnya dapat gak parking kete…yg bestnya berdekatan dgn rider PTK yg lain.

Starting line




Jam 7 ++ mlm,  selepas mendapat passport dari En See ( tukang amik passport ) kami pun bersiaplah ke starting line. Begitu bergaya semua pahlawan PTK ni.." Rugi Siapa Tak Ikut " pinjam ayat Pak Ayub…

Happy sungguh diorang nie

Bergambar bersama kuda masing2..cantik nie..


Bukti ketibaan bersama di finish line


Kenangan along bersama abang sam combat kita


Passport dari burung hantu buat kenangan..siap ada sticker chicken tu
Jam 830 mlm, secara rasminya jamboree bermula…" Seperti yang diperbincangkan…. " semua PTK riders bergerak secara kumpulan. Walaupan ada yg laju dihadapan ( mcm aku lah..speed 66.7km ) di road, sampai di CP 1 kami semua berkumpul kembali. Semangat team work memang jelas antara PTK riders…Terbaikkkkkkk Begitu juga di CP 2 dan CP 3….walaupun ada bike yg breakdown, walaupun ada yg tergolek…semua nya selamat berkumpul di CP 3….dannnnnn…yang paling meriah, birthday boy kita bro Along menyambut harilahir di CP 3 dgn pancutan dan simbahan  ayer mineral water…..( Tapi syg tak amik gambar ) " Happy Birthday Along " Semoga panjang umur dan murah rezeki….dan dpt mengalahkan Mr. T nant yek…..heh..he..




Setelah semua ready, kami pun meneruskan perjalan ke Finish Line beriringan….tiba2 kaki kiri En Saleh tidak dpt meneruskan kayuhan..Sekali lagi semangat setia kawan antara PTK terbukti. Sweeper terbaik…Arab Karpet dan Aku ( puji diri sendiri ) pun menolak En Saleh hingga ke finish line..Sorakan bergemuruh yg kedengaran…PTK sampai di Finish line semuaya dengan selamat….


Memang Jamboree hari ini yang TERBAIK…..dan " Seperti yang Diperbincangkan…" semua sampai serentak di finish line…..
" Trail memang Best "
" Ada bau-bauan yg menyeramkan…"
" Semangat Setia Kawan yang Terbaik…."

Carta PTK Super League

Sunday, 14 October 2012

Kayuhan Amal 100km - Bdr Putra -Kota Tinggi- Bdr Putra


Message dari Ir Azman Bilaji selaku tulang belakang kayuhan amal ini...


Alhamdulilah, Kayuhan Amal ini telah berjalan dengan jayanya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini, walau pun terdapat beberapa insident pancit disatu dua tempat. 

Selaku Penganjur dan bagi pihak Pertubuhan Akitek Malaysia Cawangan Selatan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua peserta samada yang berkayuh atau pun tidak, yang datang dari jauh dan dekat yang telah bersama sama menjayakan program ini dengan jayanya. Setiap sen yang didermakan tentunya mempunyai nilai yang amat besar bagi insan yang memerlukan. 

Tidak lupa juga terima kasih saya kepada tenaga tenaga dibelakang tabir yang tidak putus putus memberikan bantuan, pertolongan dan kerja keras semata mata kerana passion mereka yang mendalam terhadap aktiviti berbasikal ini. semoga Allah mene



rima amal jariah mereka ini. Terima kasih saya kepada: terutamanya bro Ayub Yahya aka Cap Ayam Tua, Sdr Fahmi aka Namuka Laminas dari Princetown Knight dan Crews di base, CP1,2,3 & marshal, crews dari MCC dan lain lain yang bekerja keras memastikan warga emas Nur Ehsan Negeri Johor tidak dihampakan. Sdr Rosli Saaban, terima kasih atas bantuan Walkie Talkie, @Pyan jb yang meminjamkan lori 3 tan (walau pun pada mulanya saya rasa tidak perlu..)

Terima kasih kepada Warga Felda Taib Andak yang menyambut kami dengan paluan kompang dan seterusnya membuat sumbangan kepada rombongan kami.


Tidak lupa juga Tony,dan
 Rahman Kbc yang membincangkan idea kayuhan solo overnight 360 km untuk kutipan dana ini ( baca pun dah penat..) Maaf sekiranya ada nama nama yang tertingga, but you know who you are..

JUMLAH PUNGUTAN YANG TERKUMPUL SEMASA HARI KAYUHAN ADALAH BERJUMLAH RM 1865.00, ( tidak termasuk jumlah yg telah dijanjikan oleh pengerusi PAM Southern Chapter untuk kayuhan ini ( RM 2000.00 ) dan jumlah yang dimasukkan terus ke akaun Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan oleh penderma ) menjadikan jumlah kutipan adal
ah RM3865.00

Sekali lagi TERIMA KASIH kepada semua.



CP1 Felda taib andak

Trail leader kita - Cap ayam tua

Gaya along sebelum chicken

Mesra sungguh mereka berdua

Azmi memimpin sprinter PTK

Siap ada sesi therapi tue..

Sesi briefing oleh trail manager kita

along lagi

Bergambar kenangan di Felda Taib Andak


Bergambar kenangan di dataran kota tinggi

Sedang mengira hasil sumbangan

laku sungguh bisness hari ni

Lancer GT amir giblu mengiringi kayuhan ke KT

Cayalah cap ayam tua

Sesi memanaskan badan

Siap ngan kompang lagi kat Taib Andak

Sesi pendaftaran oleh YB Atok

Sweeper nizam

Atok ngan fahmi tgh sibuk nie


International PTK rider..


Mr T memimpin sprinter PTK

Sweeper agong PTK

Mesranya mereka

Pasangan sprinter ideal PTK - Shahrin Amir & Mr T

Fauzan Lufti & Tok Moh Sedang mencucuk angin Yasir 29er

Lagi aksi rider tiba2 meletup sekarang ni - shahrin amin


Sweeper sejati - Nizam mongoose..ooopss..sudah tukar CUBE laa

Gaya macam nak berlumba

Monday, 8 October 2012

Aksi PTK di Megaride 8 Oct 2012




 Dato Onn, 08 Oct’12… Deruman Samsung Galaxy S2 ku berbunyi  pukul 5 :50am mengejutkan aku dari tidur..alamak dah lewat ni..apesal dari pukul 5 :30 bunyi tadi aku tak sador..lekas2 aku bersiap sebelum amir sampai..ngam2 bukak pintu je..sedara kembor shahrin amir & shahrin amin dah sampai kat pintu belakang rumah..kitorg bertiga pun bergerak ke shell tmn aman tempat berkumpul geng2 PTK..meriah sungguh pagi tu..maklumla kontinjen terbesar..

Perjalanan pagi tu mmg lancar..7 :30 pagi aku, farid & tony dah siap standby beskal kat starting line..ada harapan top 100 nie..kataku dalam hati..aku suruh farid panggil rider PTK lain utk line up.. tapi lepas tu kene halau pulak ngan organizer pasal dia cakap starting ikut group..dengan nada kecewa..aku pun kembali ke padang & mulalah aksi photoshoot..carikla jugak si jubah hitam..takde rezeki nampaknya nak masuk cycling malaysia kali ni..
Pak ayob & haji man dah kayuh awal2..pak ayob dapat rank 27..hj man 65..sesat katanya..takpe..point utk krew tetap ada..
Untuk julung2 kalinya encik Chong menyarung jersi PTK kali ni..ada can nampaknya PTK naik podium..hehehe.. Selepas 1 jam menunggu tiba2 ramai pulak rider tak ikut kata pak ayob..akhirnya terpaksalah diorang lepas kan secara ramai2..amir..syuk..amin..pok nik, along ngan fauzan dapat gak mencilok sampai ke depan..along la paling tak tahan..depan sekali..nak curi masa la…aku pulak terperangkap kat belakang..ngan ajip..kecewa betul..mula2 je moral dah down..mcm manalah nak kejo balik nanti ..
Tepat jam 8 :30pagi bermulalah perlumbaan Megaride 2012..aku pun tak nengok kiri kanan..pam gila2 pasal road Cuma ada 4.3km aje..satu-satu PTK rider habis ku potong..syuk awal2 lagi dah pewai..puncanya minyak urut tok moh katanya..nak masuk offroad barulah dapat motong along yg kat depan tadi..
Masuk aje offroad, aku jumpa Arab Jawa tengah kencing..tak tahan katanya…masani boleh layan lagi..tenaga pun masih kuat..haa..dah jumpa pun Fauzan..best betul, awal2 lagi dia mcm dah pewai..aku pun potong ajelah sambil meminta izan..sampai satu single trail jambatan yg naik bukit tu..fauzan dapat potong balik ..dia amik short cut..dah aku tertinggal kat belakang kat sepuluh rider..
Rupa-rupanya tadi tu Fauzan berlakon je..mmg bukit2 ni favourite dia..makin lama makin laju..abis aku kali nie.. shahrin amir, shahrin amin ngan azmi mmg tak nampak batang hidung la..abis CP1 bayang fauzan dah hilang..
Sampai satu sempang belok kanan naik bukit aku ‘terpaksa’ ikut short cut..dah follow rider depan..tiba2 nampak ada rider turun dari bukit..dalam hati alhamdulillah..lepas aku satu bukit..mintak2 takde sticker kat atas..
Azmi pancit beskal 2 kali katanya..aku pun tak perasan bila masa dia pancit..maklumla focus kat jalan..itulah downhill kuat sangat ..dah sampai masa upgrade tubeless nampaknya..kali kedua pancit Arab jawa menyelamatkan keadaan..
Sampai CP3..aku tiba2 dipotong fauzan..dengan nada sinis..dia menegurku..ko main short cut yea..manalah aku nak tau dah aku ikut rider dpn..lepas tu dia tanya sapa kat depan..entah..manalah aku nak tau..aku dah pewai masa ni..tak larat..nasib baik fauzan ada..datang balik semangat nak kayuh..lepas tu memang aku terperanjat beruk..rupa rupanya amin kat depan..nasib baiklah dia krem..kalo tak mmg aku ngan fauzan kalah hari tu.. sebelum masuk balik road..aku tersesat..inilah gara2 ride nengok rider dpn ..jauh gak dekat 1km..nasib baik amin follow aku masa tu..dia pun sesat gak..hehehe yang buat aku confuse..mcm mana pulak boleh ada marking trail lain pulak ni..aduh….terlepas hajat aku nak kejor balik fauzan kat 4km road nanti..kalo tak mesti ada episode 0.07saat di finish line ni…hehehe..
Sampai Finish line..mmg aku rasa nak pitam..tekan abis..takut2 ada pulak PTK  lain dapat motong tadi..nasib baik takde..fauzan no 103..aku 148..pergh..45 rider motong aku masa sesat tadi..rugi betul..
Selepas itu satu persatu PTK rider sampai..alhamdullilah semua selamat.. adalah 2~3 rider yg sampai CP2 balik..itu pun dah cukup tough..yg penting semua selamat..last rider sampai adalah Bob sambil mendapat tepukan gemuruh dari kitong semua..ok la tu 1st ride..trail tough gila..dpt gak perabihkan..
Apapun Megaride punya trail mmg best..Tahniah buat Shahrin Amir Giblu yang terus unggul di persada carta.. Cuma rasa kecewa tetap ada..hajat duit bonus dah perabih utk upgrade beskal ngan tubelass Swalbe rocket ron laa..racing ralph laa…cassette X0 laa..dan mcm2 lagi…konon2 nak ambik balik champ..hampeh..Terima kasih jugak untuk mekanik & penasihat taktikal PTK, En Shukri yg telah banyak membantu ridar2 PTK dalam meningkatkan prestasi beskal masing2..barulah sedap skrg ni panjat bukit..
Teruskan training ..kita jumpa lagi di batu pahat Giant event nanti..pastinya pasangan kembar  Shahrin Amin & Shahrin Amir akan terus menggegar arena MTB di selatan tanah air

Di garisan permulaan...
                                   Pemenang Most Participant Team in Megaride 2012 - PTK Kulaijaya

                                       Best PTK Rider - Shahrin Amin
                                       Si along ni harap starting je kat depan..huhuhu
                                                Fauzan sebelum CP1 kot
                                                1st row kat Megaride..abis semua aku titik...

                                                   Memerah titisan peluh terakhir...
                                                   Fauzan dah nampak aku kat CP3..makin laju dia ni
                                              Junior PTK Vs Junior PRB
                                         Champ Megaride - Shahrin Amir Giblu

                                             Champ dalam pembikinan --- Mekanik PTK
                                            Lokman sedang mengepak
                                            Calon best photoshot di Megaride
                                              Aksi champ kat downhill
Arab carpet basah kepala
Aksi Azmi pulak..

Ni Tok Moh

Nizam ngan CUBE barunya
Mr T sedang memimpin Fauzan & Ahahrin Amir

Penuh gaya betul rider ni

Ranking PTK di Megaride