Ayer Keroh Melaka 20 hb October 2012.. Untuk nukilan event kali ni adalah karya dari Bro Nizam Cube.. aku dan 2-3 sprinter PTK yg lain tak dpt nak joint.. takutttt jatuh kayuh malam2...hehehe..apa-apa pun tahniah kat diorang semua yg nak rasa pengalaman jamboree yg sebenar..kayuh sama sama dalam satu group..takde race..kene rokok sebatang 2 kat CP... lepas tu nak mintak ihsan 25 point sorang..cehh mana boleh..hujung2 amik ko 5 point je sorang ..hehehe
|
Gambar Ihsan dari Cycling Malaysia - night mode tuu |
Hari ini bermula lah satu episod baru bagi PTK rider yang ke ECC Jamboree. Jamboree Burung Hantu akan bermula pada 8:30 mlm. Dalam sejarah aku tak pernah race off-road waktu malam. Tapi kuatkan semangat juga utk menyertai jamboree ini walaupun ramai PTK rider yang tak pergi ( mungkin rabun malam kot ). Jam 10 pagi, Shahrin Amin dan Sham Combat muncul di depan rumah ku. Aku yang dah ready dari jam 930 pagi terus mengangkat basikal Cube ku dan meletakkannya di atas sliper THULE di atas kembara Shahrin Amin. Sebelum meneruskan perjalanan kami berhenti di restoran prata maju utk bersarapan. Tiba2 aku teringat, Jersy PTK aku tak bawa….Dengan segera aku pun pulang ke rumah utk mengambilnya.
Tepat jam 11 pagi kami pun memulakan perjalanan ke Melaka. Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami pun singgah sebentar Muar utk makan tengahari.. ( Asam Pedas ) Tiba2 telefon ku bedering…rupa2nya pangillan dari Bro Arab dan kekawan lain. Teringin nak makan mee bandung muar. Aku pun menujukkan lokasi gerai meebandung yang agak "OK" rasanya di Muar ni. Selepas menunggu En Ipin GT, aku pun meneruskan perjalanan ke Melaka. Alhamdulliah, En Arab dan rakan2 pun selamat sampai di gerai mee bandung. Dgr cerita diorg mkn sampai 2 pinggan da…
|
nasib baik mee bandung abang sayang..kalo 'adik manisss'..... |
|
Khusyuk tok moh menghirup mee bandung..along pulak anto report kat org rumah lokasi kat mana |
Aku sampai melaka jam 3 ptg. Disebakan jamboree lambat lagi nak mula, kami pun berehat d masjid Bukit Katil. Dgn lenanya aku pun melelapkan mata sehingga lah azan asar berkumandang. Jam 5 kami pun memulakan perjalanan ke Ayer Keroh. Punya lah ramai rider kat sana…akhirnya dapat gak parking kete…yg bestnya berdekatan dgn rider PTK yg lain.
|
Starting line |
Jam 7 ++ mlm, selepas mendapat passport dari En See ( tukang amik passport ) kami pun bersiaplah ke starting line. Begitu bergaya semua pahlawan PTK ni.." Rugi Siapa Tak Ikut " pinjam ayat Pak Ayub…
|
Happy sungguh diorang nie |
|
Bergambar bersama kuda masing2..cantik nie.. |
|
Bukti ketibaan bersama di finish line |
|
Kenangan along bersama abang sam combat kita |
|
Passport dari burung hantu buat kenangan..siap ada sticker chicken tu |
Jam 830 mlm, secara rasminya jamboree bermula…" Seperti yang diperbincangkan…. " semua PTK riders bergerak secara kumpulan. Walaupan ada yg laju dihadapan ( mcm aku lah..speed 66.7km ) di road, sampai di CP 1 kami semua berkumpul kembali. Semangat team work memang jelas antara PTK riders…Terbaikkkkkkk Begitu juga di CP 2 dan CP 3….walaupun ada bike yg breakdown, walaupun ada yg tergolek…semua nya selamat berkumpul di CP 3….dannnnnn…yang paling meriah, birthday boy kita bro Along menyambut harilahir di CP 3 dgn pancutan dan simbahan ayer mineral water…..( Tapi syg tak amik gambar ) " Happy Birthday Along " Semoga panjang umur dan murah rezeki….dan dpt mengalahkan Mr. T nant yek…..heh..he..
Setelah semua ready, kami pun meneruskan perjalan ke Finish Line beriringan….tiba2 kaki kiri En Saleh tidak dpt meneruskan kayuhan..Sekali lagi semangat setia kawan antara PTK terbukti. Sweeper terbaik…Arab Karpet dan Aku ( puji diri sendiri ) pun menolak En Saleh hingga ke finish line..Sorakan bergemuruh yg kedengaran…PTK sampai di Finish line semuaya dengan selamat….
Memang Jamboree hari ini yang TERBAIK…..dan " Seperti yang Diperbincangkan…" semua sampai serentak di finish line…..
" Trail memang Best "
" Ada bau-bauan yg menyeramkan…"
" Semangat Setia Kawan yang Terbaik…."
|
Carta PTK Super League |
No comments:
Post a Comment