Followers
Monday, 5 November 2012
Hard Rock Jeli RIde
Jeli, Kelate, 29 haribule September 2012. Yang ni adalah hasil tulisan pro rider PTK, Pak Ayub....
Dua hari sebelum tiba nya 29hb. September 2012, kawe dah siap-siap dengan basikal dan bag pakaian di ruang tamu rumah,maklumlah dah lama giler tak pergi real Jamboree yang betul-betul kayuh dan bukan banyak bercakap (apa barang jadi emcee !). Malam 28hb. Arab Carpet & Jalud dah siap-siap hantar basikal kat rumah sambil mengira-ngira samada motor scrambler lucky draw tu boleh muat tak dalam bas nanti dan macamana nak masukkan kat belakang 4x4=16 yg dah penuh.
Lepas subuh, Arab carpet & jalud dah terpacak depan gate DUMOH kawe dengan semangat berkobar-kobar. Berita terkini,Lukman pun pergi juga, ticket last minute wild card. Jadi nya kawe & Arab naik 4X4=16 dan Lukman & Jalud naik kereta Lukman berlepas ke UTHM Pt. Raja. Lepas sarapan, barang2 dan basikal dinaikkan kedalam 2 biji bas UTHM. Yang melampau nya, Rider duduk dalam bas sorang satu seat dan basikal pun ada seat khasnya sendiri. 10 pg, Bas mula bergerak menuju negeri Cik Siti wan kembang melalui Segamat. Dah macam bas sendiri pulak, nak kencing ke, nak berak ke, senang senang je mintak driver berhenti pit stop. Makan tengahari kat satu R&R kecik di awal sempadan Pahang (tak ingat nama tempat), tu dia!! Rupanya tempat pusat PENYEMBELIHAN. Kawe make nasi lauk kepak ayam, sayur & sikit lauk lain & kopi O= RM7.00, ada member tu sampai kena RM14.00!!.Lepas makan bermula lah EPIC perjalanan yg teramat panjang melalui hutan-hutan Pahang. Yg tinggal bernyawa hanya 2 orang dreber bas, 30 rider yg lain terbongkang maut kecuali Bro Fauzan yg berwirid untuk strategi mengekalkan keChampionan PTK. Dari awal VECT dah bagi pressure kat Fauzan.
Tu lah sayang nya, champion2 PTK lain tak dapat turun. Tidur, makan, tidur balik dalam Bas, tak ingat la berapa kali berhenti, tak lepas2 lagi negeri terengganu yg panjang gaban tu. Kadang2 bas kene jale KOHO (slow), banyak lori balak.Tapi Terengganu memang banyak masjid yg hebat2. Arab jawa mengepalai rider2 jakun (termasuk kawe) guna lift utk turun ketingkat bawah masjid. Sambung tidur lagi dalam bas, bangun..tak sampai lagi kelantan. Rasa MEPPEH (tak larat) nak tunggu sampai Jeli. Akhirnya kami tiba ke tempat penginapan, satu pusat latihan yg baru kat Jeli lebihkurang 12.00 tgh mlm.Goodies Bag Jeli Hard Rock memang terBAEKK Bro! micro fibre t-shirt yg good quality nye, tuala bersulam logo UMK, KeyChain UMK, Key Chain Event, Pen UMK, Lanyard UMK, entah apa lagi..tak check habis..Tilam dan bantal dah tersedia, ada yg mandi dulu dan ada yg terus lentok dengan irama NGOROK (berdengkur dalam bahasa jawa).
Sebelum subuh rider dah bangun utk mandi dgn air pada tahap beku, SEJUK KETTA kata org Kelantan. Lepas subuh pekena sarapan nasi dgn lauk ayam panggang percik, tak dibuat nye orang kat Johor. 7.00 pagi dah sampai kat kampus UMK Jeli, rider dah mula ramai, maklumlah flag-off 7.30 pagi. Kalau kat JB, rider tak TUBIK DUMOH (keluar rumah) lagi time tu. Masa tu 2 orang Deejay Radio Hot FM kelantan dah mula berceloteh, baru ada class !! Kalau kat JB punye MTB event, asyik2 budak botak tua berjanggut yg jadik emcee (apa BLENGAH Bro!!) Lebih kurang 7.40pagi ride flag-off dilakukan oleh Tok Pa (YB dato Mustapha Mohamad, menteri perdagangan kalau tak silap/ juga ADUN Jeli). Takde nyayi lagu NegaraKu seh!! Biasa lah rider2 glamer PTK ada jugak yg line up kat depan dengan harapan muka keluar kat majalah Roda pantas. Camera man berjubah hitam tak main event kat kelantan kot!
Adegan ride maut Pantai Timur pun bermula dgn roller coaster ROAD ride sejauh 17Km, TOK ROK kawe (tak larat saya) nak kayuh laju macam rider2 lain termasuk PTK riders yg bermula dengan garang. BLANA KOKNA bukit yg nak kena lalu sepanjang road ride nie. Mula masuk je off-road, rider telah dihidangkan dengan non-stop climbing and downhill ride, tak sempat nak tukar gear, dah kena panjat bukit balik. Ramai rider yg mula TERGLECOH (terjeboq) dalam adegan uphill-downhill. Kalau kat Kulai ada bukit Petai, Kat plentong ada Bukit Dagu, tak boleh lawan dengan BUKIT DAHI kat Jeli. Bukan lagi dagu yg melekat kat handle bar, dah sampai tahap dahi pulak sampai kat handle dengan segala jenis air yg keluar, termasukpeluh dan air hingus yg menjejeh!
ALOH LA (mengeluh), bila nak habis kayuh trail nie ? 10.30pagi atas puncak bukit (tak tau la bukit ke gunung), panas nye dah macam tengahari. Yang terbaik nya Trail Jeli kurang kelapa sawit tak macam kat johor, banyak poko getah dan hutan. Yg pelik nye masa tengahari pun masih ada orang toreh pokok getah kat sini. Kawe yg slow nie tak sempat langsung nak potong mana-mana PTK riders, kecuali Ajib dan jalud rasa nya..tu pun sebab Jalud tayar bocor dan kecederaan lutut lama nya datang balik. Dapat potong Arab carpet sekejap sebab dia tolong Jalud, lepas tu dia potong balik dan terus hilang.
Yang kawe puas hati kayuh kat Jeli nie, kawe berjaya KEKOH semua bukit maut yang kena kayuh tengok bawah je, kalau tengok depan, mampus la MTB (mari menolak basikal). Boleh jadi NYETOK kalau tak betul-betul. Cuma ada dua downhill 45degree yg kawe surrender, takut seh!! Batu beso-beso. Kena cross 2 anak sungai yg sejuk giler dan clear air nye, tak lah macam sungai kat Plentong yg berlumpur nak bunuh orang tu! Tapi ride kat Jeli ni rasa agak pelik sikit sebab ramai rider yg dipotong (eh sombongnye!) dan rider yg memotong berbual samada dalam loghat kelantan atau kedah, rider dari selatan amat kurang jumlah nya dari total lebihkurang 500 rider.
Lepas CP4 rasa dah lega sikit, ingat dah habis torture sebab dah masuk road balik. Rupanya road finishing nie pun roller coaster jugak, hingga ada kalanya ride 5-6Km/jam aje. Belum finishing lagi, tiba-tiba ada lagi corner mengejut masuk balik off-road, panjat bukit maut lagi pulak tu. Jeli ride memang boleh buat kita jadik lembik macam Jelly. Sampai finish line, matahari dah mula membakar, Fauzan yg diharapkan utk mengKITAI VECT tak mampu menjalankan tugas kerana masaalah kecederaan. Nasib baik Lukman & Arab jawa dapat mengubati luka dengan menduduki top 100 rider ranking. Nak harapkan Cap Ayam Tua, kirim salam aje lah, no.154 jauh kat belakang. Lepas makan dan basuh basikal, majlis penyampain hadiah bermula sebelum zohor. Harapan tinggi menggunung utk bawak balik lucky draw motor scrambler. Rider2 yg turun bersama (Bas UTHM) ramai juga yg dapat lucky draw, terbaik sebuah fixie utk rider VECT. Arab jawa dgn tradisi nya dapat sebuah seat. Dan Jalud buat pertama kalinya dapat luck draw, hamper.
Hamper dgn seat kena zakat tak ? Ada 3 riders dari rombongan kita yg naik podium utk top 10 kategori IPT. Kategori lain disapu bersih rider MEE SEANG (bukan mee siam) dari negara Siam darul Sawadikap. Sekali lagi perjalan EPIC balik bermula. Makan, tidur, bangun, makan tetap tak lepas lagiTerengganu, jam dah 12.00 malam. Akhirnya, Alhamdulillah sampai juga balik ke UTHM sekitar 5.00 pagi. Lepas kemas, sarapan dan solat subuh, berangkatlah Knighteers yg kurang menyerlah kembali ke JB. Alangkah baik nya jika ramai jagoan-jagoan PTK yg dapt turun sekali utk membakar trail Jeli yg memang membakar. Banyak kenangan manis yg dibawak balik terutama oleh 2X Arab (nak tau detail, tanya sendri kat dia orang). Kesimpulan nya, lain kali kalau UTHM ajak dia orang punyer trip, ikut aje. RM10 sampai Kelantan!! Sapa nak bagi !! Thanks to Bro Fauzan yg uruskan semuanya utk PTK ...RUGI NYA KORANG TAK IKUT!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment