Followers

Sunday, 23 December 2012

VECT Semarang Ride 2012





Ayer Hitam 23 Disember 2012.. 'Alon-alon angger Klakon'.... VECT Semarang Ride Ayer Hitam menjadi penutup kalendar bagi tahun 2012. PTK sekali lagi dinobatkan sbg 'Champion' penyertaan paling ramai dgn 38 rider (itu yg daftar laa). Ia juga menjadi event terakhir buat Cap Ayam Tua selaku emcee paling 'hot' di selatan tanah air. Mungkin hati beliau terlalu bergolak utk kembali mengayuh bersama budak2 nakal PTK dan mencatat nama di dlm ranking suka2 PTK Hall Of Fame.

Event Semarang yg pastinya panas lebih kepada pertarungan peribadi antara mentor dan protegenya.. Antara Cube Hijau Analog sapa yg lebih pantas..Ant Fauzan & Mr T sapa yg lebih hebat.. Fauzan mendahului pungutan mata sebanyak 9.5 point. Dia hanya perlu manghabiskan kayuhan di tempat ke-4 utk dinobatkan sebagai 1st runner up PTK hall of Fame. Mr T pula terlalu desperate utk Champ sambil berharap rider2 lain dpt membantu block fauzan..Fauzan pulak belum pulih sepenuhnya dari demam.. dan akhirnya...YESSSS!!! Amir & Azmi hanya santai2 je..sekadar nak cukupkan kalendar tahunan.. Nizam pula ingin menebus kehampaan 2 kali ditimpa kebocoran di trail sebelum ini...
.
Sebelum itu.. sekalung tahniah buat krew2 dan semua yg terlibat dalam penganjuran event ini. Trail yg disediakan mmg best, tak terlalu menyeksa rider2. Perlepasan rider2 bermula tepat jam 8.30 pagi bermula dgn onroad di tgh2 pekan ayer hitam.. kali ni Amir, Mr T & Arab Jawa menjadik anchorman buat PTK... cuma kehadiran proton wira yg mengawal lalu lintas sedikit mencacatkn keghairahan rider2 sehingga mengakibatkan ada sorang rider terbongkang..kesian mamat tu..

Sampai je corner masuk jln kampung..dah macam roller coaster..turun naik..turun naik..masuk offroad dah dpt bukit pacak.. secara tiba2 Nizam Cube dgn selambanya potong Mr T ngan azmi.. tapi tak lama kejap je dpt potong balik..trail hari ni offroad pun roller coaster.. itu yg enjoy..sempat amik angin..lepas tu pulak masuk trail licin ngan lumpur..kat sini mmg bahaya sikit..tapi best la main slide..Amir pulak rantai terlucut bila sampai kt bukit pacak yg pendek tu.. kalo tak boleh joint sekali..Secara umumnya trail mmg boleh tahan la.. cuma ada satu downhill road lepas CP1 tu bahaya sikit..terus patah kiri.. ada crew tp takde wisel @ jeritan bagi alert kat rider..lepas tu pulak lalu ada laluan banjir paya ala2 alor gajah ..cuma tak cukup pjg laa...

Bab makanan..goodie bag..ok.kalo disediakan lauk jawa lg best kot..lucky draw pun menarik..mcm2 ada.. crew2 pun ramai..cameraman pun ramai... kira event dgn bayaran RM40 nie memang cap jempol laa..tahun dpn mesti pergi lagi..penyertaan mungkin tak ramai sebab maklumla cuti sekolah ..public holiday pulak tu..ramai yg dah ada program bersama family masing2..

Berbalik kpd cerita kat trail ...Azmi mmg laju.. aku ikut je seperti yg dibincangkan.. bila sampai ada satu tempat lecak gila (yg ada parit tu)..azmi terjatuh pulak.. aku pun amik peluang ni untuk ambil alih tugasan...dapat pulak ride ngan Bidin..follow rapat je. lama gak  kat depan sampailah last climbing offroad..tiba2  terdengar suara azmi dr belakang.. "laju rul.. fauzan kat belakang ko tu je"..aik bila masa la pulak dia dpt follow nie..aduhhh...

Bila kene sergah aje..apa lagi..mcm dapat tenaga baru. terus memerah segala keringat yg ada.. 5km je lagi nie..tapi onroad dia pun roller coaster climbing jugak..fuh.. dan akhirnya aku berjaya merampas kembali mahkota champ selepas 6 event kempunan terutama skali kat FireX 2 minggu yg lalu..

Mr T menamatkan kayuhan di rank 42 . Azmi di tempat kedua di no 44. Paling MEMBANGGAKAN ...Nizam Cube akhirnya menunjukkan beliau adalah rider yg harus diberi perhatian musim depan dgn berakhir di no 56.. Pencapaian terBAIK  setelah 2 kali tayar bocor di Giant BP dan FireX.

Amir kali ni no 4 dgn Rafid, rider baru PTK dgn basikal sponsor dari Amin berakhir di rank 68. Pencapaian terbaik basikal amin.. Amin pulak bilalah nak top 100 ni..  Ipin jugak tersenyum kepuasan bila berakhir di no 87. Akhirnya setelah 3 kali mencuba, berJAYA jugak dia abis depan Fauzan.  Fauzan yg belum pulih sepenuhnya dari demam terpaksa menelan je pahitnya erti kekalahan ini..

Hj Man  tak kurang pantasnya..rider veteran paling laju.. dalam krem2 dpt gak no 173. Ajib pun boleh senyum lebar bila sekali lagi berjaya abis depan Tok Moh..

Tony pulak tersesat kat tasik..macam mana la dia boleh terlajak agaknya..marking kira mmg cantik dah nie...

Untuk lucky draw.. byk gak PTK dapat..tp semua kecik2 laa... dan rider paling pantas sebenornya Azhar YB.. walaupun bermula dari belakang  berjaya menghabiskan di rank 72.


Aksi Mr T masuk dlm parit londang.. 

Azmi tengah kejor Mr T

Amir tahan napas lumpur masuk mulut

Org kuat VECT Yaman 29er.. mmg best la trail ko..terima kasih la sediakan trail favourite Mr T

Pak Ayob beraksi sbg emcee terakhirnya bg tahun 2012.. pastinya sunyi event di Johor tanpa suara beliau

'Champ' junior -- arab gegerrr

Tahniah RCT - Juara Junior 

Penat betul si ajib nie

Chief fahmi menerima sijil selaku 'juara' penyertaan teramai

Team paling kecoh kat event orang - PTK Kulaijaya

Musuh dalam trail - ajib dan tok moh.. pemenangnya merida..

Azmi bersama membernya dari selangor

'Juara Sebenar' VECT event yg menjadi sumber inspirasi kemenangan Mr T..

Hasil lucky draw hari nie..mcm2 ada..

Krew2 VECT yg bertungkus lumus di event semalam.


Walaupun demam fauzan tetap berjuang sehingga titisan peluh terakhir

Nizam tengah kentut ni..


Macam tgh bercouple si arab geger ngan fauzan ni


Masing2 mencongak strategi di starting grid

Pemandangan di starting grid

Along bersama jentera Merida barunya

Aksi penuh gaya champ kita

Nizam main tutup mata tahan lumpur

Steadyla nizam cube....

Akhirnya puas ipin dpt top 100...

Arab geger main lumpur

Abang salleh main lumpur


Antara 500 peserta di starting grid semalam

Rider baru yg bakal menggegar tahun depan

Seperti yg dibincangkan

Yasir tgh memimpin PTK rider

Lokman

Aksi lokman

Arab geger

Sebelum race bermula

Mr T tgh cucuk angin junior rider nie

2 sahabat..fauzan dan Yaman

Rafid

Aksi pemanas badan sebelum race


Seronok betul dia orang nie


Haji Man ..siap ada kene urut tu

Champion Dorcus -- Chief Fahmi



Makan soto & asam pedas kat restoran Jumaat sempang renggam


Lepak nunggu lucky draw ni

Champ VECT Semarang..Nizam..Mr T & Azmi...





Abg misai kita dari penjara sempang renggam

Ajib sedang mengejar tok moh

Arief

hoooo.. basahlah kasut baru aku nie...

Arrghhhhh.... tidak.....

Steady je en Isa kita nie

Khairul

Noran...1st time masuk event

Letih nampak See..apa pun See patut dapat award..rider paling byk masuk event..tak kira di mana...

Tok Moh


No comments:

Post a Comment